A Lawyer-to-be.. Anak perempuan tunggal.. Love watching Running Man..

Wednesday, February 1, 2012

mencari guru cinta

Golongan falsafah dan bahasa melontarkan persoalan bagaimana cinta itu dikenali dan bagaimana untuk memahaminya.Pemikir yang bernama Plato cuma mendefinisikan maksud pengertian CINTA.Cinta dilihat sebagai antara aktiviti otak.Cinta membawa nilai-nilai yang tinggi dari dalaman manusia secara berterusan dan tiada paksaan.Tanpa cinta,manusia tidak akan berkembang dan tidak ada kehebatan yang akan ditunjukkan dari dalam diri..Menurut Plato,cinta hanya akan dapat dipelajari oleh segelintir manusia.Manusia yang tidak pernah mengalaminya tidak akan mampu mencurahkan maksud dan cinta kepada orang lain.Dalam bercinta, akan ada kelakuan yang wujud bersamanya.Dalam memahami erti cinta, perlu ada proses didikan yang khusus bagi melaluinya.Cinta, dari sudut falsafahnya hanya dapat difahami apabila berlaku bersama perbuatan manusia.

1 comment:

  1. cinta perlu dipelajari dengan mendalam bagi mendapat cinta yang sejati

    ReplyDelete