Wednesday, April 22, 2015
Pengorbanan
Hidup ini ada pasang dan surut..tak semuanya indah dan tak semuanya sengsara..tiada siapa yang akan sentiasa di atas dan tiada siapa yang akan sentiasa di bawah.hidup ibarat roda yang sentiasa berputar..rezeki masing-masing tiada yang sama.bersyukur dengan apa yang ada.insya Allah segala yang dilakukan mudah sentiasa.kadangkala kita sering merungut kerana kekurangan duit untuk beli apa yang kita mahu..keinginan itu melebihi keperluan.sedangkan kita tahu itu bukan keperluan.tapi disebabkan keinginan itu yang mendesak kita untuk memilikinya.sabar.tuhan mahu menduga.mungkin ada sebab kenapa kita tak memilikinya sekarang..mungkin suatu hari nanti,kita boleh dapatkan yang lebih baik..berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini..insya Allah dapat..so,bagi orang yang mudah dapatkan sesuatu tanpa berusaha dan meminta daripada orang lain,baik hentikan sahaja..mungkin rasa seronok membeli dengan duit orang lain tapi pernah tak terfikir macam mana orang tu dapatkan sumber kewangan tu?tak kasihan ke kat bapa yang membanting tulang tiap hari bekerja semata mata mencari rezeki yang halal untuk awak..mungkin kerana sekarang ni awak masih belajar.masih belum faham erti menghargai penat lelah seseorang untuk mencari rezeki.tak mengapa.teruskan sahaja dengan kegairahan awak membeli belah..saat awak mula melangkah ke alam pekerjaan,pada ketika itu,awak akan tahu betapa lelahnya mencari rezeki.dan waktu itu,awak akan rasa payah untuk membelankan wang awak untuk orang lain dan bukan diri awak sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment